suria

Salleh Said Keruak Dilantik Bendahari Baharu Umno

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan pelantikan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak sebagai Bendahari baharu Umno.

"Saya mengucap tahniah kepada Salleh di atas perlantikan Bendahari Umno yang baharu," kata Najib pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Dato Onn di sini, Jumaat.

Najib juga mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Husni yang menjadi bendahari parti selama ini dan menjalankan tugasnya dengan penuh integriti.

Salleh merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah.

Jawatan Bendahari Umno kosong selepas penyandang­nya, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah melepaskan semua jawatan dalam parti dan Kabinet, baru-baru ini.


Artikel Lain