suria

Anggota Polis Maut Dalam Kemalangan Di Setiu

SETIU: Seorang anggota polis berpangkat Koperal maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan dalam kemalangan di Kilometer 63 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, di sini, Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu menyebabkan mangsa Raja Asri Raja Mat, 29, yang dipercayai menunggang bersendirian maut di lokasi kejadian.

Ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda CB400 dipercayai dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Baharu. 

Susulan kejadian itu mangsa yang bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan patah tangan kiri. 

Sementara itu Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Elias Abu Bakar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian. 

Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk dibedah siasat. -Bernama

Anggota Polis Maut

Artikel Lain