SHAH ALAM: Polis akan menyiasat kesahihan surat yang dihantar ke balai polis Negeri Sembilan pada Isnin, mendakwa kumpulan militan IS menyasarkan beberapa pemimpin tertinggi. Mereka yang dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi; Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Tiga menteri yang dinamakan ialah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, termasuk timbalan menteri, Nur Jazlan Mohamed. Pemimpi pro-demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi merupakan pemimpin asing yang dinamakan sebagai sasaran surat sebanyak dua muka surat bertajuk "Ancaman IS". Gambar fotokopi pemimpin-pemimpin terbabit turut dilampirkan bersama surat berkenaan. Surat tersebut turut mendakwa terdapat kira-kira 700 anggota IS di Negeri Sembilan tetapi pihak polis meolak dakwaan itu. Mereka percaya pengirim dalam cubaan untuk menyebarkan pengaruh IS di Malaysia. Surat yang dibalut kertas coklat itu mengandungi surat dan gambar-gambar yang diserahkan kepada Jabatan Forensik. Polis sedang mengenal pasti identiti pengirim. Mengulas mengenai suray ancaman itu, Ketua Polis Negara berkata, polis Negeri Sembilan menerima sekurang-kurangnya empat ancaman yang seumpamanya baru-baru ini. "Kita akan mengesan asal dan pengirimnya, memandangkan surat tersebut dihantar menerusi khidmat pos. "Surat-surat ini dihantar ke beberapa balai polis negeri, termasuk di Port Dickson dan Nilai," kata Khalid kepada pemberita pada Selasa. Khalid berkata, polis tidak mengambil ringan berhubung perkara tersebut dan akan menyiasat individu di sebalik ancaman berkenaan. "Motifnya tidak dapat dipastikan kerana beberapa pemimpin asing turut dinyatakan di surat-surat tersebut. "Ancaman-ancaman ini tidak akan melemahkan semangat kita untuk menjalankan tugas sebagai anggota polis," katanya.