MISTERI kehilangan seorang lelaki Indonesia selama hampir dua minggu terungkap apabila mayatnya di temui tertanam di sebuah rumah terbengkalai di Batu Caves, Selangor. Ekoran dari penemuan itu, empat suspek yang terdiri dari dua lelaki dan dua wanita warga Indonesia ditahan sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah IPD Gombak pada Selasa. Ikuti laporan mStar TV.