suria

"Saman DOJ Tidak Babitkan Saya" - Najib

Najib Tun Razak.

JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat berkata tuntutan mahkamah oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) baru-baru ini tidak membabitkan dirinya, kerajaan Malaysia atau 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara langsung.

Bulan lalu, Peguam Negara Amerika, Loretta Lynch mengumumkan tindakan sivil sedang diambil untuk mendapatkan semula aset lebih AS$1 bilion 1MDB dalam pengubahan wang haram.

"Saya ingin kata bahawa apa yang dilakukan oleh DOJ baru-baru ini tidak membabitkan saya, atau kerajaan Malaysia, atau 1MDB secara langsung.

"Ini bukan saman jenayah tetapi saman sivil.

"Isu 1MDB adalah isu perniagaan tetapi ia telah dipolitikkan oleh musuh tertentu," kata Najib kepada stesen televisyen Indonesia Metro TV.

Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, salah seorang pemimpin yang lantang mengkritik kepimpinannya, Najib berkata bekas perdana menteri itu 'taksub terhadap kuasa.'

Najib mengadakan lawatan kerja di sini dari 1-3 Ogos.

Najib Tun Razak, 1MDB, DOJ, saman sivil

Artikel Lain