suria

Remaja Hilang Ditemui Mati Lemas

Gambar hiasan.

LANGKAWI: Mayat remaja lelaki yang dilaporkan hilang semasa berenang di laut berdekatan Pantai Tanjung Rhu pada Jumaat, ditemui kira-kira pukul 11.45 pagi Sabtu.

Pengarah Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Kwee berkata, mayat Mohammad Asyraaf Che Amat, 18, dari Kangar, Perlis ditemui terapung kira-kira 100 meter dari tempat dia dilaporkan hilang pukul 6 petang Jumaat.

"Berikutan penemuan itu, pasukan kita telah menyerahkan mayat yang ditemui kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya. 

Menurutnya, APMM menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat selepas dimaklumkan tentang kehilangan Mohammad Asyraaf, yang sebelum itu berenang bersama empat rakannya yang lain berdekatan sebuah beting di pantai berkenaan.

"Rakan-rakannya yang lain juga menghadapi kesulitan untuk berenang ketika itu kerana dibawa arus deras tetapi sempat diselamatkan sebuah bot pelancong berhampiran," katanya. - Bernama

Artikel Lain