suria

Mayat Rentung Di Batu Arang Disahkan Lelaki - Polis

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Mayat rentung yang ditemui di belakang bekas tangki air dekat Jalan Bukit Angkasa, Batu Arang, Rawang, Khamis lepas adalah lelaki.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata, berdasarkan laporan forensik, mangsa dipercayai mati dalam tempoh 36 jam sebelum mayatnya ditemui.

"Kini kita hanya dapat pastikan jantina mangsa... siasatan agak rumit berikutan hampir 99 peratus anggota badan mangsa hangus.

"Polis percaya lelaki itu dibunuh di tempat lain dan dibakar di kawasan berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini Sabtu.

Menurutnya, siasatan sekitar kawasan mangsa dibakar juga tidak menemukan sebarang senjata.

"Kita juga minta kerjasama mana-mana individu yang kehilangan anggota keluarga untuk membuat laporan polis bagi membantu mengenal pasti identiti mangsa," katanya.

Pada pagi Khamis lepas orang awam menemui satu mayat dalam keadaan rentung di belakang bekas tangki air berdekatan Jalan Bukit Angkasa, Batu Arang, Rawang dan melaporkan penemuan itu kepada polis. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain