suria

Najib Ziarah Jenazah Bekas Adun Kuala Pahang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi jenazah kenalan lama beliau Datuk Dr Abdul Manaf Abdullah di Bandar Baru Bangi pada Isnin. Turut kelihatan anak Allahyarham Abdul Manaf, Azman Abdul Manaf (kanan). Allahyarham Abdul Manaf, 74, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Pahang selama dua penggal bermula 1986, meninggal dunia di kediaman anaknya di Bandar Baru Bangi kira-kira 6.30 pagi tadi akibat sakit tua.

BANGI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menziarahi jenazah kenalan lama beliau, Datuk Dr Abdul Manaf Abdullah, di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi di sini.

Allahyarham Abdul Manaf, 74, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Pahang selama dua penggal bermula 1986, meninggal dunia di kediaman anaknya di Bandar Baru Bangi kira-kira 6.30 pagi ini kerana sakit tua.

Najib tiba di kediaman tersebut kira-kira 9.40 pagi untuk menziarahi jenazah serta menyampaikan ucapan takziah serta sedikit sumbangan kepada anak Allahyarham, Azman Abdul Manaf, 43.

Allahyarham Abdul Manaf adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Pekan serta pernah menjadi Setiausaha dan Bendahari UMNO bahagian itu.

Dalam perbualan dengan Azman, Najib turut berkongsi tentang pengalaman beliau bersama Allahyarham yang merupakan seorang guru ketika perdana menteri mula menceburkan diri dalam arena politik di Pahang.

Najib turut mengimbas kenangan manis yang tidak dapat dilupakan bersama Allahyarham, dengan mereka yang datang untuk menziarah dan anak-anak Allahyarham.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Kampung Mengkasar di Pekan untuk dikebumikan hari ini.

Kuala Pahang, Ziarah, Bangi

Artikel Berikut

Artikel Lain