Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan pada Rabu berkata perkhidmatan tersebut tersedia bagi penerbangan terpilih AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) di portal roKKi menerusi www.rokki.com, yang sekarang ini ditawarkan di 33 pesawat.
AirAsia berkata kandungannya termasuklah perjalanan yang dipilih susun, video fesyen dan sukan yang dihasilkan AirAsia, serta kandungan daripada Astro Shaw seperti filem pecah panggung tempatan termasuk Ola Bola, Polis Evo, Maindhan dan The Journey.
Filem aksi tempatan 'Temuan Takdir' juga akan ditayangkan buat pertama kali dalam penerbangan terpilih selama tiga hari bermula 8-10 Ogos, menjadikannya filem Malaysia pertama ditayangkan dalam penerbangan sebelum tayangan perdananya di panggung wayang.
"Kini, pelanggan kami dapat menikmati hiburan percuma di peranti mereka sendiri semasa dalam penerbangan dengan pelbagai kandungan tempatan dan antarabangsa disediakan kepada semua orang.
"Kami mengalu-alukan pelanggan kami menaiki penerbangan kami yang disediakan dengan kemudahan platform roKKi, dan berharap mereka akan memanfaatkan hiburan dalam penerbangan percuma ini, selain menggunakan roKKi Chats dan pelan Internet yang ditawarkan pada harga berpatutan," kata Aireen.
Pelan AirAsia roKKi Wi-Fi termasuk Pelan Chats dengan hanya RM9 bagi 3MB (aplikasi WhatsApp, WeChat, LINE, KakaoTalk and Viber) dan Pelan Internet dengan hanya RM18 bagi 10MB (bagi pengguna Internet ringan, tidak termasuk YouTube dan muat turun app store), kata syarikat penerbangan.