Pamg Joheng ketika dihubungi Bernama pada Rabu berkata, kemenangan yang dicatat oleh anaknya bersama Jun Hoong sangat menggembiranya mereka sekeluarga.
"Yang lebih manis lagi kerana pada kali ini pingat yang dimenangi adalah perak dan sudah tentu ianya bukan sahaja menggembirakan kami sekeluarga tetapi saya percaya seluruh rakyat Malaysia turut meraikannya.
"Kami sekeluarga tidak tidur untuk menonton di televisyen acara terjun membabitkan Pandelela dan Jun Hoong berakhir. Saya sendiri tidak tidur semalaman dan terus turun bekerja pagi tadi," katanya.
Kanada meraih pingat gangsa dengan mengumpul 336.18 mata.
Menurut Pamg, beliau bersama isteri dan anak lelakinya yang juga bekas penerjun negara Pardika Indoma akan terbang ke Rio pada 15 Ogos ini untuk bersama-sama Pandelela untuk menyaksikan beliau beraksi dalam acara 10m individu dan akan kembali ke tanah air pada 21 Ogos.
Pada Sukan Olimpik London empat tahun lepas Pandelela merangkul pingat gangsa dalam acara berkenaan yang merupakan pingat Olimpik pertama yang pernah dimenangi oleh atlet wanita dari Malaysia.