Ketua Penolong Pengarahnya, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kumpulan itu bertekad menyebarkan ideologi militan dan keganasan serta merekrut ahli baru dalam kalangan rakyat Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura.
Malah kumpulan itu turut mengeluarkan majalah digital propagandanya yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu, katanya kepada Bernama.
Selain itu, kumpulan berkenaan juga menggunakan medium video, risalah dan usrah yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Katanya hasil soal siasat mereka yang disyaki terbabit dengan kumpulan Daesh serta rampasan buku, menunjukkan ramai antara mereka cuba 'menghalalkan' perbuatan itu dengan merujuk kepada pandangan ekstrem Ibnu Taimiyyah.
Ayob Khan berkata dalam menangani perkara itu, Bahagian Counter Terrorism sering memantau penyebaran terbitan Daesh dari semasa ke semasa bagi mengelakkan ia memasuki negara ini.
"Polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyekat sebarang laman web yang mampu mengancam dan menyebarkan fahaman militan ini," kata Ayob Khan.
Sebelum ini, tindakan pantas SKMM berjaya menyekat penyebaran akhbar digital Daesh yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu.