Menurut salah seorang pekerja yang enggan namanya disiarkan, pegawai penguatkuasa daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) telah datang ke farmasi di Aeon Mall pada 26 Julai dan mengeluarkan saman kepada pihak pengurusan kerana memaparkan poster tersebut.
Yang Dipertua MPKB Zamri Ismail ketika dihubungi mengesahkan saman telah dikeluarkan terhadap farmasi itu dan pihak majlis amat serius dalam memastikan peniaga mematuhi kod berhubung pameran poster.
"Saya tak faham mengapa peniaga tidak boleh mematuhi syarat yang ditetapkan terhadap permit dan premis perniagaan mereka.
"Kami akan terus memantau keadaan dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang melanggar undang-undang ini," katanya.