INDONESIA memberi jaminan akan menjalankan prosedur pemeriksaan ketat melibatkan semua warga asing yang masuk ke negara itu tanpa sebarang diskriminasi negara. Perkara itu dijelaskan Duta Besar Indonesia ke Kuala Lumpur, Herman Prayitno susulan dakwaan syarikat pengendali lapangan terbang negara itu, PT Angkasa Pura II untuk memperketatkan pemeriksaan terhadap rakyat Malaysia dan Singapura. Ikuti laporan wartawan mStar TV, Muhammad Adnan bersama jurukamera, Ahmad Syukry.