suria

Najib Ucap Takziah Insiden Pengeboman Di Thailand

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada rakyat Thailand yang terjejas akibat insiden pengeboman di wilayah selatan negara itu baru-baru ini.

Perdana Menteri, yang terkejut dengan insiden itu berkata pihak berkuasa Malaysia sedang memantau situasi.

"...Setakat ini tiada warga Malaysia yang menjadi korban atau cedera tetapi kita akan terus memantau rapi keadaan," kata Najib menerusnya posting terbaharu dalam laman Facebook dan Twitter beliau. 

Perdana Menteri berkata Malaysia, terutama Polis Diraja Malaysia bersiap siaga untuk memberi bantuan dan kerjasama perisikan kepada Thailand jika perlu. 

Polis Thailand menyalahkan perbuatan khianat bagi siiri pengeboman dan serangan di lima buah wilayah di selatan dalam tempoh 24 jam lalu yang menyebabkan empat orang maut dan 35 orang lagi, termasuk 10 pelancong asing,cedera. -Bernama

Pengeboman Thailand

Artikel Lain