Lima lelaki termasuk seorang warga Malaysia, dikatakan telah melepaskan gas dari saluran paip dan berada terlalu dekat dengan puncanya dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Sipitang Timbalan Superintendan Ag Md Arsad Ag Bakar mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut.
Bagaimanapun, beliau berkata kejadian itu tidak akan memberi kesan kepada kawasan sekitar.
Maklumat lanjut mengenai kejadian itu dijangka akan dikeluarkan oleh Petronas Chemicals Group Bhd tidak lama lagi.