suria

Hampir 7,000 Sertai myBuddies Run #sehatisejiwa

Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Said Keruak (tengah) bersama para peserta Program Kayuhan Sehati Sejiwa sempena bulan kemerdekaan, Ahad.

CYBERJAYA: Hampir 7,000 peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat menyertai program myBuddies Run #sehatisejiwa anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan MYNIC bersempena sambutan Hari Kebangsaan.

Membawakan konsep larian bertopeng ia merangkumi perlumbaan sejauh 3km, 5km dan 10km di sekitar Cyberjaya, program myBuddies Run #sehatisejiwa juga adalah kesinambungan Larian Sehati Sejiwa 2015. 

Hadir memeriahkan acara tersebut ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, Pengerusi MYNIC Datuk Bridget Lai dan Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC Hasnul Fadhly Hasan.

Selain acara larian, para peserta turut menyertai aktiviti menarik seperti senaman 'body combat' yang diterajui selebriti Sharifah Sakinah dan persembahan artis tempatan.

Hasnul berkata program larian tersebut adalah tahun kedua dianjurkan MYNIC bersama-sama KKMM untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2016 dengan masyarakat Malaysia.

"Melalui penganjuran larian ini kami dapat menggalakkan gaya hidup dalam talian yang aktif melalui platform program myBuddies yang direka bagi memastikan pembangunan identiti komuniti internet dan perkembangan perniagaan dalam talian," katanya dalam kenyataan media.

MYNIC merupakan sebuah agensi di bawah KKMM bertanggungjawab membangunkan industri nama domain .my sebagai sebahagian daripada infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia.-- Bernama

myBuddies Run, #sehatisejiwa

Artikel Lain