suria

Enjin Kereta Api Penumpang Terbakar Di Gemas

Gambar hiasan.

SEREMBAN: Sebuah kereta api penumpang terbakar di bahagian enjin ketika dalam perjalanan menuju depoh baik pulih lokomotif di Gemas pagi Sabtu.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Mazlan Jantan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 3.35 pagi.

"Enjin yang terbakar itu berada di bahagian belakang kereta api manakala enjin bahagian depan bersama 16 gerabak penumpang yang kosong itu bagaimana pun tidak terbakar. 

"Kereta api itu dalam perjalanan untuk diselenggara di depoh Gemas. Kebakaran berlaku kira-kira enam kilometer daripada depoh Gemas," katanya kepada Bernama.

Pihak bomba mengambil masa lima minit untuk memadamkan kebakaran dengan menggunakan buih.

Mazlan berkata, punca kejadian masih disiasat. - Bernama

Artikel Lain