suria

Perbuatan Khianat Punca Hotel Di JB Terbakar

Gambar Hiasan

JOHOR BARU: Penginap di sebuah hotel di Jalan Harimau di sini dikejutkan dengan ketukan kuat pada pintu bilik pada 10.50 pagi Rabu.

Kejadian itu berlaku berikutan kebakaran yang dikesan pada tingkat empat bangunan itu.

Pengawai operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat bandaraya ini, Azwan Samsuri berkata, kebakaran itu berlaku di bahagian anjung di aras yang tidak dihuni kecuali dipenuhi dengan barangan yang tidak digunakan.

Beliau berkata, siasatan awal menunjukkan kebakaran di bangunan setinggi 11 tingkat itu disyaki berpunca daripada perbuatan khianat.

Kebakaran itu berjaya dipadamkan pada kira-kira pukul 11.40 pagi oleh sepasukan 14 anggota bomba dari balai bomba Johor Jaya dan Larkin menggunakan dua jentera.

"Sistem amaran kebakaran mengejutkan tetamu hotel sebelum pasukan kecemasan membantu memastikan semua penginap selamat," katanya sambil menambah tiada yang cedera dalam kejadian itu.

hotel, bomba, Johor Baru

Artikel Berikut

Artikel Lain