PESARA tentera, Nasir Abas berhasrat untuk melakukan satu lagi Larian Merdeka dan kali ini mengelilingi semenanjung Malaysia sempena meraikan Hari Kebangsaan ke-60 dan Hari Malaysia tahun depan. Mengikut perancangan, pelari berusia 61 tahun itu akan memulakan larian solo itu dari negeri Cik Siti Wan Kembang, hingga ke Johor Baru, sebelum terus ke utara bagi menamatkan larian di Perlis Indera Kayangan. Ikuti laporan penuh yang disediakan wartawan mStar TV, Azlina Mazli.