suria

Harga Petrol Turun 5 Sen, Diesel Tidak Berubah

PETALING JAYA: Harga petrol RON95 dan RON97 bagi September turun sebanyak 5 sen seliter.

Harga baharu petrol bagi seliter RON95 dan RON97, masing-masing RM1.70 dan RM2.05.

Bagaimanapun, harga bagi diesel tidak berubah pada RM1.70 seliter.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia, Datuk Zulkifli Mokti pada Rabu.

Kerajaan memutuskan untuk menghapuskan subsidi bagi petrol dan diesel dan menggantikannya dengan sistem pengapungan terkawal sejak 1 Disember 2014.

RON95, RON97, petrol, diesel

Artikel Lain