Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, Yeoh Chin Chye maut selepas dialnggar oleh sebuah motosikal ketika sedang membuat pusingan U di simpang di hadapan Balai Polis Bandar Baru Air Itam.
"Perlanggaran itu menyebabkan Yeoh tercampak ke sebatang pokok di pembahagi jalan dan dia meninggal dunia akibat kecederaan kira-kira pukul 1.45 petang Rabu.
"Bedah siasat menunjukkan Yeoh meninggal dunia akibat kecederaan yang teruk di bahagian dada," katanya dalam satu kenyataan media.