LANGKAWI: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Aishah, Kampung Sungai Menghulu di sini. Keberangkatan tiba baginda berdua kira-kira 8.30 pagidisambut Pegawai Daerah dan Tanah Langkawi, Isahak Murat; Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan; pegawai kanan kerajaan dan masyarakat setempat di Langkawi.