suria

Aliran Trafik Lebuh Raya Utama Lancar Setakat 4 Petang

Keadaan trafik Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Tol Ipoh Selatan menuju ke Utara dan Selatan bergerak lancar ketika tinjauan pada jam lebih kurang pukul 2.30 petang di sini Isnin. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat pukul 4 petang Isnin.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, aliran trafik arah utara bergerak lancar, namun bagi arah selatan, trafik agak perlahan dari Tangkak ke Bukit Gambir berikutan berlaku kemalangan di Km 157.8.

"Lorong kanan terhalang dan kenderaan yang terbabit dengan kemalangan sedang dialihkan," katanya kepada Bernama sambil menambah laluan menuju ibu negara juga lancar.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan trafik di Lebuhraya Pantai Timur turut bergerak lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain