suria

Tukang Cuci Terkejut Jumpa Mayat Bayi Berulat

IPOH: Mayat seorang bayi yang cukup sifat ditemui di dalam tong sampah di kafeteria Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, pagi Sabtu.

Mayat bayi yang belum diketahui jantina itu ditemui seorang tukang cuci dalam keadaan sudah berulat kira-kira pukul 10.55 pagi.

Nor Hanizam Idris, 46, berkata beliau menemukan mayat bayi itu ketika sedang melakukan kerja memunggah sampah sebelum menjumpai satu bungkusan tidak berikat dalam satu daripada tong sampah di situ.

"Saya terkejut apabila terdapat mayat bayi dalam bungkusan yang tidak berikat itu selepas mayat berkenaan terjatuh ke atas lantai sebelum saya memanggil seorang rakan. 

"Mayat itu sangat kecil iaitu kira-kira sebesar dua penumbuk menyebabkan saya tidak dapat mengecamnya," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Ekoran kejadian itu, Nor Hanizam berkata beliau membuat laporan polis di pondok polis hospital berkenaan. - BERNAMA

Bayi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain