suria

Malaysia Nafi Kajian Dakwa Jerebu 2015 Sebabkan 6,500 Kematian

KUALA LUMPUR: Malaysia menafikan kajian yang dijalankan Universiti Harvard dan Universiti Columbia, mendakwa jerebu di Asia Tenggara pada 2015 telah menyebabkan 6,500 kematian di negara ini.

Kajian itu, yang dijangka disiarkan dalam jurnal Surat Penyelidikan Alam Sekitar (ERL), juga mendakwa bahawa terdapat 100,300 kematian pramatang di rantau ini akibat jerebu, iaitu 91,600 di Indonesia dan 2,200 di Singapura.

Angka-angka tersebut adalah jauh bercanggah dengan kiraan rasmi, yang hanya melaporkan 19 kematian di Indonesia dan tidak ada satu pun kematian di Malaysia dan Singapura.


Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S. Jeyaindran ragu-ragu tentang dapatan kajian ini.

"Ia tidak berlaku," kata beliau ketika dihubungi Isnin untuk mengulas tentang kajian tersebut.

"Kita tidak mencatatkan kematian secara langsung berkaitan jerebu pada tahun lepas," katanya.

Beliau berkata kementerian telah melakukan kajian mengenai zarah yang terapung di udara akibat pembakaran terbuka serta kesannya pada tubuh manusia dan mendapati selain gejala cepat marah, tiada kemungkinan risiko kesihatan yang menyebabkan kematian.

"Sudah tentu angka trek jangkitan pernafasan dan konjunktivitis kita meningkat tetapi kebanyakannya disebabkan oleh hakikat bahawa terdapat jerebu yang mengandungi sulfer dioksida dan oksida nitrik yang datangnya dari pembakaran bahan api fosil," katanya.


"Kita tidak mendapati sebarang pertambahan dalam bilangan penyakit pernafasan akut akibat jerebu. Ini telah berlaku dari tahun ke tahun dan data kita menunjukkan tidak ada peningkatan," kata Dr Jeyaindran.

Tidak banyak yang diketahui mengenai metodologi kajian, walaupun Bloomberg melaporkan bahawa jumlah kematian 'diperolehi daripada analisis kompleks yang masih belum disahkan oleh analisis data rasmi mengenai kematian'.


Satu pasukan pakar yang mengkaji kajian tersebut untuk Bloomberg juga enggan memberikan komen mereka, menyifatkannya sebagai masih 'awal' dan 'tidak tepat' tetapi berkata ia harus menjadi 'penggera' kepada rantau ini yang menyaksikan kejadian alam sekitar paling buruk sejak jerebu 1997.


"Jika tiada perubahan, jerebu pembunuh ini akan berterusan meragut nyawa secara dahsyat, tahun demi tahun.

"Industri dan kerajaan perlu mengambil tindakan sebenar untuk menghentikan pembersihan hutan dan tanah gambut untuk perladangan," kata Yuyun Indradi yang berkempen di bawah Greenpeace Indonesia, sebagai tindak balas kepada kajian ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain