KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 2.4 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah pada 3.58 petang Selasa. Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa itu terletak di 302km barat laut dari Tarakan, Indonesia dan 16km tenggara dari Ranau. "Gegaran dirasai di Ranau," katanya. MetMalaysia sedang memantau perkembangan gempa berkenaan dan akan memaklumkan maklumat terkini, menurut kenyataan itu. - BERNAMA