suria

Pelajar Hilang Ditemukan Selamat

Kereta polis di luar kediaman mangsa.

PETALING JAYA: Pelajar tingkatan tiga yang dilaporkan diculik di depan rumah pada awal pagi Khamis, ditemukan selamat kira-kira pukul 2.30 petang.

Laporan Bernama menyebut, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn 2 itu ditemukan oleh orang awam yang dikenali sebagai Juliana Jeffery.

Menurut Juliana, dia tersempak dengan pelajar terbabit berjalan berseorangan ketika mahu pulang ke rumah.

"Pada mulanya saya tidak pasti itu adalah dia (mangsa) tetapi kawan-kawannya yang turut berada dalam kereta mengesahkan itu adalah Nur Darlee," katanya.

Malah beberapa foto yang menunjukkan pelajar itu berpelukan dengan seorang wanita, dipercayai ibunya turut terbesar di laman sosial dan aplikasi mesej, Whatsapp.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 7 pagi itu, remaja berusia 15 tahun sedang menunggu van sekolah di Jalan Suasana 4/2 di kawasan perumahan itu.

Dua lelaki bermotosikal telah menarik beliau dan memaksanya duduk diantara mereka sebelum memecut kenderaan itu.


Culik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain