KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah pada pukul 7.23 malam Khamis. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya berkata, gempa bumi itu berpusat 11 kilometer di utara Ranau. "Gegaran dirasai di Ranau, Sabah," tambah kenyataan itu. MetMalaysia masih memantau perkembangan itu dan akan mengemaskinikan maklumat dari semasa ke semasa, tambah kenyataan tersebut. - Bernama