suria

Unesco Puji Malaysia Sebagai Peneraju Pendidikan Demi Keamanan

Irina Bokova
KUALA LUMPUR: Unesco memuji Malaysia sebagai antara  peneraju dalam kalangan negara di rantau Asia dan Asia Pasifik dalam usaha memajukan pendidikan demi keamanan.

Unesco, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Berssatu, berkata kerjasama erat yang dijalinnya sejak sekian lama dengan Malaysia telah memberi manfaat kepada rantau itu secara menyeluruh, berdasarkan perkongsian nilai dan visi keterangkuman masyarakat yang mendapat kekuatan daripada kepelbagaiannya.

"Tidak dapat disangkal, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia telah mengambil pendirian tegas dalam memerangi keganasan ekstremisme menerusi penyertaan dan pendidikan, yang Unesco sifatkan sebagai pencegahan jangka panjang paling efektif untuk mendepani ancaman yang mahu memecahbelahkan masyarakat," kata Ketua Pengarah Unesco Irina Bokova.

Dalam kenyataan bertarikh 22 September yang diterbitkan dalam laman web Unesco, beliau berkata Malaysia turut menerajui usaha di Asia Tenggara bagi pemupukan pendidikan inklusif dan samarata sebagai asas untuk pertumbuhan hijau mampan.

Bokova juga memuji Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menurutnya mempunyai fokus komprehensif, yang meliputi pendidikan awal kanak-kanak sehingga semua kitaran dan peringkat pendidikan.
Irina Bokova, Unesco, pendidikan, keamanan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain