KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui mati di dalam bilik tidurnya selepas penduduk mengadu bau busuk yang datang dari rumahnya. Lelaki itu yang dikenali sebagai Majid oleh jirannya itu ditemui di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi pada Isnin malam. Dipercayai dia telah meninggal dunia sekurang-kurangnya empat hari lalu. Menurut jirannya, lelaki berusia 50 tahun itu menghidapi diabetes. "Dia tidak bergaul dengan orang, kami hanya melihat dia apabila dia pulang ke rumah dan pergi ke kerja. "Kali terakhir saya nampak dia kira-kira empat hari lalu," kata seorang jiran yang enggan namanya disiarkan. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, kes itu telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.