suria

Bot Pemintas TLDM Terbakar Di Semporna, Lima Cedera Ringan

KOTA KINABALU: Lima anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) cedera ringan selepas sebuah bot pemintas milik agensi itu mengalami kebakaran kecil di Jeti KD Sri Semporna, Jumaat.

TLDM dalam kenyataannya berkata kejadian berlaku kira-kira jam 2.20 petang ketika anggota berkenaan menghidupkan enjin bot sebagai persediaan untuk membawa anggota ke Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah di perairan Semporna untuk pertukaran pasukan petugas.

"Anggota yang berada di jeti bertindak pantas memadam api dengan bantuan pihak bomba dalam masa 10 minit. Semua anggota yang cedera berada dalam keadaan stabil dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan," jelas kenyataan itu.

Menurut TLDM siasatan awal mendapati kejadian mungkin berpunca daripada litar pintas atau kebocoran minyak di bot tersebut.

TLDM dengan bantuan pihak bomba, akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.-- Bernama

TLDM, Semporna, bot pemintas

Artikel Lain