PETALING JAYA: Polis sedang mengesan penunjuk perasaan daripada kumpulan Baju Merah yang terlibat dalam dakwaan serangan ke atas dua penunggang motosikal yang memakai kemeja-T Bersih. Kejadian keganasan itu dikatakan berlaku apabila konvoi penyokong Bersih melalui Sabak Bernam. Foto hasil carian Google. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa mengesahkan sedang memburu suspek sambil menambah polis sedang menyiasat kejadian itu dan hanya akan mengklasifikasikan kes itu apabila tangkapan dibuat. Nor Azmi juga menafikan laporan mengatakan bahawa tiga penunjuk perasaan Baju Merah telah ditangkap berhubung dakwaan serangan berkenaan. Satu klip video menunjukkan salah seorang daripada penunggang motosikal yang memakai baju kuning ditendang oleh penunjuk perasaan seperti samseng tersebar di Internet pada Sabtu.