suria

OKU Sesat Dalam Hutan Belum Ditemui

Gambar hiasan.

KUANTAN: Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) yang hilang sejak Jumaat lepas yang dipercayai tersesat dalam hutan di Kampung Ngening, Pos Lenjang, Kuala Lipis masih gagal ditemukan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azry Akmar Ayob berkata pihaknya yang hanya menerima maklumat mengenai kehilangan remaja Orang Asli itu Rosi, 19, pada Isnin lepas telah mengadakan operasi mencari dan menyelamat pagi Selasa.

Beliau berkata pasukan mencari melibatkan 80 anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Felcra dan penduduk tempatan.

Pihaknya mungkin akan menggunakan khidmat anjing pengesan bagi mencari remaja cacat pendengaran, tangan dan kaki itu, katanya. - BERNAMA

OKU, hilang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain