suria

SPRM Nafi Pegawainya Pukul Pegawai Polis

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan satu klip video yang memaparkan seorang dipukul oleh sekumpulan lelaki melibatkan pegawainya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM,  Datuk Azam Baki berkata, SPRM telah membuat satu laporan polis berhubung klip video yang tersebar di media sosial di Johor Baru pada Khamis.

"SPRM memandang berat perbuatan segelintir pihak yang cuba memburukkan imej SPRM di mata masyarakat yang seolah-olah cuba melaga-lagakan SPRM dengan polis.

"Kita harap orang ramai tidak menyebarkan video tersebut kerana ia boleh mengelirukan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Video berdurasi 39 saat yang dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak itu tersebar di media sosial kononnya melibatkan kes penahanan anggota polis oleh pegawai SPRM di Johor. - Bernama

SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain