suria

Anggota Polis Tertekan Lepas 10 Tembakan Ke Udara

KUANTAN:  Seorang anggota polis berpangkat koperal yang dipercayai mengalami tekanan perasaan melepaskan 10 tembakan ke udara di belakang Balai Polis Kuala Krau, Temerloh pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Azri Ahmad yang mengesahkan kejadian ituberkata insiden berlaku pada pukul 3.30 petang semalam, sebelum anggota yang menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2005 itu mahu memulakan tugas ronda jenayah pada pukul 4 petang. 

"Anggota berkenaan telah melepaskan tembakan ke udara dan tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

Selepas kejadian, anggota berkenaan telah meninggalkan senjata di balai sebelum melarikan diri ke Jerantut untuk menenangkan diri. 

"Bagaimanapun, anggota itu menyerah diri kepada pegawainya tengah Jumaat dan dibawa ke Temerloh untuk siasatan," katanya kepada Bernama semasa dihubungi di sini. 

Azri berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 kerana melepaskan tembakan di tempat awam. 

Beliau berkata anggota berkenaan yang mula bertugas di Balai Polis Kuala Krau pada tahun lalu kini diletakkan di bawah pengawasan polis. 

Difahamkan sebelum kejadian, anggota itu dimaklumkan namanya telah keluar dalam senarai bertukar tempat kerja, dan selain melepaskan tembakan, beliau juga dikatakan telah memecahkan cermin kereta milik pegawai yang berada di kawasan balai. -Bernama

Polis tertekan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain