suria

BN Tiada Kaitan Dengan Penang Front Party - Tengku Adnan

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional tidak ada sebarang kaitan dengan penubuhan parti baharu, Penang Front Party (PFP), kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata BN juga tidak pernah melantik mana-mana individu untuk mewakilinya dalam parti itu.

"Apa sahaja keputusan yang dibuat dalam BN akan melibatkan perbincangan bersama dengan parti-parti komponan lain...tiada keputusan dibuat secara bersendirian termasuklah memberi sokongan kepada parti baharu yang lain,"katanya.

Sebelum ini, Umno Pulau Pinang menolak PFP kerana ia bukan parti mesra BN.

Pengerusinya Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata penglibatan Anggota Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai penasihat PFP sama sekali tidak mewakili Umno sebaliknya dibuat atas kapasiti peribadinya sendiri.   

Isnin lepas, Zahidi dilaporkan sebagai berkata PFP sebuah parti baharu yang mesra BN di Pulau Pinang dan berhasrat bertanding 25 kerusi Dewan Undangan Negeri. -b-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia