suria

Mayat Mangsa Bot Karam Ditemui

Mayat seorang nelayan yang hilang dalam kejadian bot karam di Tanjung Po, Muara Tebas, Jumaat lepas, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Sabtu. Foto Bernama

KUCHING: Mayat seorang nelayan yang hilang dalam kejadian bot karam di Tanjung Po, Muara Tebas di sini, Jumaat lepas, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), Sabtu.

Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, yang turut menyertai operasi SAR itu, berkata mayat Razali Pet, 36, ditemui oleh pasukan bot penyelamat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada jam 10.12 pagi, kira-kira tiga batu nautika dari tempat kejadian.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, bot yang dinaiki mangsa bersama seorang lagi rakannya ketika keluar menangkap ikan telah karam akibat dipukul ombak.

Bagaimanapun, rakan mangsa, Hamdi Jarawi (umur tidak diketahui) berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai. - Bernama

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia