suria

Strategi Baharu Perangi Tonto

GEORGE TOWN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini menggunakan strategi baharu untuk memerangi ancaman tonto.

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Noorul Habib Abdul Guduse berkata antara langkah baharu yang diambil adalah dengan menjalankan operasi secara mengejut yang ditentukan pada saat-saat akhir untuk mengelakkan kebocoran maklumat.

Katanya, tonto biasanya akan menunggu di luar pejabat JPJ di Seberang Jaya.

"Mereka akan ikut apabila kami melancarkan operasi dan memberitahu pihak yang mengupah mereka.

"Oleh itu, kita perlu mengubah strategi. Kita mesti bertindak di luar jangka dan berfikir satu atau dua langkah di hadapan mereka," katanya.

Beliau berkata, keadaan kini masih terkawal kerana tonto tidak mengganggu atau bertindak agresif terhadap pegawai-pegawainya.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Mohd Nowardi Saad berkata tonto juga memantau aktiviti mereka.

Tontos adalah kumpulan pemberi maklumat yang diupah pengusaha perniagaan untuk memantau pergerakan pegawai penguatkuasa.

JPJ, Tonto

Artikel Sebelum

Banyak Pihak Bantah Syor SPR

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia