suria

Kapal Karam: Lima Kru Warga Indonesia Selamat

Kejadian kapal karam yang berlaku di pantai Kota Tinggi pada Julai lalu. Gambar Hiasan.

BATU PAHAT: Sebuah kapal aktiviti perniagaan tukar barang (barter) asing membawa muatan kelapa bulat, karam di perairan Mudah Utara dekat sini, awal pagi Isnin.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Batu Pahat, Lt Komander Maritim, Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata empat kru lelaki warga Indonesia yang berada di dalam kapal itu yang dalam perjalanan dari Sungai Guntung, Indonesia ke daerah ini sempat diselamatkan oleh kapal barter-trade yang melalui kawasan itu. 

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, kapal berkenaan dipukul ombak besar semasa tiba di satu tempat di situ, menyebabkan air mula memasuki bahagian dalam kapal itu menyebabkan ia karam.

Muhammad Zulkarnain berkata seorang lagi lelaki juga warga Indonesia pula terkandas di bahagian platform penanda kapal berikutan cuaca yang gelap berserta ombak besar menyukarkan mangsa diselamatkan. 

"Bagaimanapun, kejadian itu segera dilaporkan kepada pusat operasi Pangkalan Maritim Batu Pahat dan serentak itu, sebuah bot digerakkan untuk mencari dan menyelamatkan mangsa.

"Mangsa kemudian ditemui kira-kira pukul 9 pagi dalam keadaan kesejukan di platform berkenaan," katanya ketika dihubungi Isnin. -- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain