SANDAKAN: Dua rakan mati lemas ketika mandi di laut berhampiran sebuah kilang papan di Batu Sapi dekat sini, Rabu. Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan, Anddre Andrew berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 2.48 petang memaklumkan Farhan Ramzi dan Fakhrul Kamis, kedua-duanya berumur 10 tahun, hilang dibawa arus. Katanya, operasi mencari dan menyelamat melibatkan anggota bomba dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta Polis Marin menemukan Farhan pada kira-kira 3.15 petang dan Fakrul dua seminit kemudian. Anddre berkata, kedua-duanya yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan dan disahkan telah meninggal dunia oleh pihak hospital. - Bernama