suria

The Star Ungguli Anugerah Media Kesihatan 2016

Meikeng (kanan) dan Tan bergambar bersama replika cek masing-masing.

PETALING JAYA: The Star menyapu bersih kemenangan bagi kategori Akhbar Bahasa Inggeris (BI) pada Anugerah Media Kesihatan 2016.

Wartawan Sunday Star, Yuen Meikeng memenangi hadiah utama dalam kategori itu dengan artikel bertajuk Big C Alarm.

Meikeng menerima anugerah itu dan wang tunai RM3,000 dari Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada Anugerah Media Kesihatan Kali Ke-10 pada Khamis.

Penolong Pengarang Berita, Loh Foon Fong dan Penolong Pengarang Rencana Tan Siow Chin membawa pulang hadiah saguhati dengan memenangi wang tunai RM500.

Artikel Loh dan Tan masing-masing bertajuk Avoiding the jab dan Our right to health.

Pemenang hadiah utama untuk akhbar lain adalah Raja Intan Dianna Raja Azaham dari Utusan Malaysia, Tan Seow Jou (China Press) dan K. Elavaraasi (Malaysia Nanban).

Dr Subramaniam berkata kerjasama dengan media amat penting bagi kementerian itu untuk menjayakan agendanya bagi memastikan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat.


 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain