suria

Bukan Bajet 'Pilihan Raya Umum' - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan dokumen Bajet 2017 pada persiapan akhir bajet berkenaan di Kementerian Kewangan malam Khamis. -fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Bajet 2017 akan menyaksikan kerajaan terus berhati-hati dalam berbelanja dan pada masa sama, menangani beberapa isu mendesak seperti meningkatkan pendapatan boleh guna dan memastikan lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan muda.

Bajet ini juga dijangka menetapkan persediaan bagi Malaysia terhadap penuaan penduduk yang semakin meningkat, di mana lebih dari 45 peratus daripada penduduknya dijangka berusia lebih dari 60 tahun pada 2025.

"Jangka hayat telah meningkat sebanyak 12 tahun. Pada masa sama, purata keluarga kini mempunyai dua anak dan bukannya enam seperti pada 1970-an. Ini adalah masalah struktur jangka panjang.

"Bajet ini dijangka bakal memulakan kerja-kerja awal untuk rakyat bersedia dengan langkah-langkah bagi memastikan mereka mempunyai simpanan mencukupi sehingga akhir hayat mereka," kata seorang pegawai kanan kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bajet 2017 akan mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan asas-asas ekonomi negara kekal cergas dan kukuh.

Beliau berkata, intipati dalam bajet itu akan termasuk dasar mengenai sasaran-sasaran defisit, langkah-langkah untuk memacu aktiviti ekonomi, serta usaha dalam memastikan sistem kewangan jangka panjang yang sihat.

Najib turut menyangkal andaian daripada beberapa pengulas bahawa bajet tahun ini akan menjadi bajet 'Pilihan Raya Umum'.

Dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya pada Khamis, Najib berkata beliau akan mengumumkan sesuatu mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan beberapa inisiatif lain pada pembentangan Bajet 2017.

Menurut pegawai kanan kerajaan, dengan harga minyak mentah melebihi AS$110 setong, Malaysia akan mencapai bajet berimbang pada 2020.

Walau bagaimanapun, sejak pertengahan 2014, harga minyak mentah telah turun lebih dari 50 peratus, menyebabkan kerajaan kehilangan sejumlah RM30 bilion pendapatan.

Menambah masalah Malaysia adalah persekitaran ekonomi luar negara yang tidak stabil.

Dasar-dasar perdagangan di Amerika Syarikat masih kabur di sebalik pilihan raya presiden, manakala China masih berdepan kelembapan ekonomi.

Satu bahagian dijangka menerima perhatian khusus sebagai langkah-langkah untuk memudahkan orang ramai menerima dan mengambil peluang yang muncul daripada 'perkongsian ekonomi' itu.

Artikel Sebelum

Minyak Masak 'Lesap' Dari Rak

Artikel Berikut

Artikel Lain