suria

Bajet2017: GST Kekal 6 Peratus

KUALA LUMPUR: Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kekal pada enam peratus pada 2017, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berucap membentangkan Bajet 2017 di dewan Rakyat hari ini, beliau mengumumkan sehingga 19 Okt, kerajaan berjaya mengutip RM30 bilion GST.

"Saya mahu menegaskan, 'janganlah percaya gembar-gembur bahawa kadar GST akan dinaikkan. Ini cuma cakap-cakap kosong dan tidak benar sama sekali," katanya.

Kerajaan juga mencadangkan golongan kurang upaya, termasuk anggota entiti kebajikan swasta (PCE) memperoleh manfaat daripada pelepasan GST.

Kerajaan mencadangkan pelepasan GST diberikan terus kepada pemegang kad OKU yang sah ke atas peralatan diluluskan, yang diperoleh daripada pembekal yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain itu, bagi menyelaraskan layanan khas di tiga zon bebas yang melibatkan Zon Perdagangan Bebas (FIZ) dan Zon Perindustrian Bebas (FCZ), GST tidak dikenakan ke atas bekalan atau pindahan barang yang dibuat dalam FIZ dan antara FCZ, dan GST tidak dikenakan dan tidak dibayar ke atas barangan yang dimport ke FIZ.

Begitu juga, pindahan barang dari FIZ dan FCZ ke kawasan ditetapkan di Langkawi, Labuan dan Tioman dan sebaliknya, serta pindahan barang ke gudang yang diluluskan di bawah Skim Penggudangan atau sebaliknya.

Selain itu, bagi menyelaraskan layanan antara barangan import dan barangan dari Kawaran Utama Kastam (PCA) serta bagi memudahkan pentadbiran GST di bawah Skim penggudangan, kerajaan mencadangkan GST tidak dikenakan ke atas barangan dari PCA yang membabitkan Gudang Pengilangan Berlesen, Gudang Eksais dan FIZ yang didepositkan ke dalam dan dibekalan antara gudang menerusiSkim Penggudangan. - BERNAMA

GST, Bajet 2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain