Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Mohd Ali Hassan berkata agihan kedua-dua bantuan itu sewajarnya melibatkan pelajar daripada keluarga berpendapatan kurang RM3,000.
Pada Jumaat, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membentangkan Bajet 2017 mengumumkan bahawa pemberian bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar dan memanfaatkan 3.5 juta murid.
Mohammad Ali menjelaskan, prinsip yang sama perlu ditekankan dalam pemberian kad debit kerana khuatir jika ia tidak dikawal, pemberian itu akan disalahgunakan.
Kad debit pelajar yang bernilai RM250 adalah untuk kegunaan yang pelbagai seperti pembelian buku, alat tulis, alatan komputer dan akses internet, bakal memanfaatkan 1.3 juta pelajar.
Setakat ini, kebanyakan cadangan dan harapan oleh PIBGN tercapai seperti peruntukan bagi penjawat awam, perumahan dan khususnya pendidikan.
"Peruntukan bagi pendidikan pada tahun ini tidak dikurangkan dan ia sesuatu yang baik kerana pelaburan sumber kemahiran dan kepakaran manusia penting untuk menjamin negara terus melangkah sebagai negara maju, bertamadun serta peradaban tinggi," jelasnya.