suria

Bangunan Mahkamah Tinggi P.Pinang Makin Uzur

GEORGE TOWN: Sekali pandang, bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berusia 111 tahun di Lebuh Light berdiri dengan megahnya, namun jika dilihat dengan teliti tentu akan timbul kerisauan kerana keadaannya yang semakin rosak.

Lapisan simen di beberapa bahagian dinding mengelupas hingga menampakkan batu bata yang tersusun di bahagian dalam.

Lebih teruk lagi, ada kesan rekanan pada beberapa bahagian konkrit siling, manakala bumbung papan lapis pula bagaikan boleh tertanggal pada bila-bila sahaja.

Di kalangan peguam, kakitangan mahkamah dan orang awam, timbul kebimbangan daripada aspek keselamatan bangunan itu.

Tangga kayu menuju ke aras atas telah ditutup hampir setahun kerana keadaan sepihan lapisan simen dan batu bata.

Peguam R.S.N Rayer berkata, langkah serta merta perlu diambil untuk memastikan keselamatan bangunan itu terjamin.

"Kira-kira setahun setengah lalu saya terlihat ada seketul batu bata merah terjatuh," dakwanya.

Bangunan ikonik itu dinaiktaraf pada 2005 dengan tambahan dua bangunan mahkamah.

Kerajaan Persekutusan memperuntukan RM66 juta untuk pengubahsuaian dan pembinaan bangunan termasuk perbiayaan tambahan.

Rayer mendakwa laluan ke tempat letak kereta untuk seorang hakim Mahkamah Tinggi telah dikepung untuk kerja-kerja membaiki siling.

"Juga ada beberapa pemadam kebakaran hilang. Apa akan terjadi jika berlaku kebakaran ketika perbicaraan?" katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan