suria

Kedudukan Hutang Negara Kekal Terurus - PM Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kedudukan hutang kerajaan Persekutuan kekal terurus dan Malaysia dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.

Beliau berkata tindakan kerajaan Persekutuan berhutang adalah untuk membiayai defisit negara berikutan kekurangan hasil bagi menampung perbelanjaan pembangunan.

"Pinjaman yang dibuat untuk membiayai perbelanjaan pembangunan adalah perbelanjaan yang produktif yang dapat menyokong pertumbuhan ekonomi dan dapat memanfaatkan rakyat seperti pembinaan sekolah, hospital, jalan raya dan empangan.

Selain itu secara tidak langsung ia memberi manfaat kepada sektor swasta melaksanakan pelbagai program dan aktiviti ekonomi," katanya menjawab soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, di sini, Selasa. -- Bernama

Dewan Negara, MQT, Perdana Menteri

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan