Beliau berkata penguatkuasaan terhadap penganjuran Bersih dilihat agak longgar.
"Saya minta Ketua Polis Negara tengok rakaman video daripada awal hingga akhir, lihat pelanggaran-pelanggaran dan lihat juga laporan-laporan polis yang telah dibuat... harus diambil tindakan, tangkap mereka, dakwa mereka di mahkamah," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.
Katanya perhimpunan Bersih juga mengundang perbuatan jahil dan biadab pesertanya termasuk menghina gambar pemimpin.
"Bersih nak perjuangkan keadilan tetapi mereka sendiri tidak ikut peraturan, tak kanlah kita nak biarkan ini berterusan," katanya.
Perhimpunan Bersih 5.0 dijangka diadakan pada November ini.