suria

Caj RM20 Kenderaan Asing Masuk Johor Mulai 1 November

Laluan Kedua yang menghubungkan Singapura dan Johor.

KUALA LUMPUR: Semua kenderaan milik persendirian dengan nombor pendaftaran asing yang memasuki negara ini melalui Johor akan dikenakan bayaran caj jalan raya (RC) sebanyak RM20 bermula 1 November ini.

Menurut Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pembayaran ini akan dikutip melalui penggunakan kad Touch n’ Go.

“Sistem RC ini akan diaktifkan di kedua-dua jalan masuk Johor iaitu Tambak Johor dan Laluan Kedua.

“Pada peringkat awal penguatkuasaan, caj hanya akan dikenakan pada kenderaan asing tidak termasuk motosikal,” jelasnya pada Jumaat.

Liow menggesa agar semua kenderaan asing ini perlu berdaftar di bawah Sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP), bagi memastikan perjalanan masuk ke Malaysia lancar.

Kekeliruan antara Sistem VEP dengan RC tidak patut timbul, kerana VEC merupakan usaha kerajaan yang dijalankan secara berperingkat untuk memastikan pemantauan di kawasan sempadan selain pengumpulan data secara komprehensif untuk digunakan bagi tujuan perancangan stragetik, pengurusan dan dan penguatkuasaan yang lebih efisien.

“Pelaksanaan awal RC dan VEP hanya akan melibatkan kenderaan persendirian asing di dua jalan masuk ke Johor sebelum dikuatkuasakan  di semua 12 laluan masuk ke Malaysia secara berperingkat,"jelasnya.

Liow berkata pengumuman dan maklumat terkini tentang pelaksanaan VEP akan diumumkan dalam masa terdekat.

Liow Tiong Lai, Caj Jalan Raya

Artikel Berikut

Artikel Lain