Dalam satu kenyataan pada Jumaat Jabatan Perangkaan berkata kadar kelahiran kasar merosot daripada 17.2 pada 2014 kepada 16.7 dalam 2015, bagi setiap 1,000 penduduk.
"Dalam 2015, bayi lahir hidup lelaki dan perempuan, masing-masing adalah 269,255 dan 251,881. Perangkaan untuk 2014 adalah 273,139 lelaki dan 255,473 wanita," katanya.
Kadar kesuburan keseluruhan setiap wanita berusia 15-49 tahun dalam tahun 2015 adalah 2.0 kanak-kanak berbanding 2.1 kanak-kanak dalam 2014.
Kenyataan itu berkata kadar kematian kasar meningkat daripada 4.9 pada 2014 kepada 5.0 dalam 2015, bagi setiap 1,000 penduduk.
"Daripada jumlah keseluruhan kematian berdaftar dalam 2015, kematian lelaki dan perempuan masing-masing dicatatkan pada 89,449 dan 66,337," kata jabatan itu.
Jumlah keseluruhan kematian pada 2014 ialah 83,532 lelaki dan 63,786 perempuan.