suria

Caj Jalan Raya Malaysia: Singapura Mungkin Ambil Tindakan Jika Ada Diskriminasi

SINGAPURA: Singapura mungkin melaksanakan beberapa tindakan tertentu jika kenderaan berdaftar di Singapura didiskriminasikan ekoran pelaksanaan Caj Jalan Raya (RC) oleh Malaysia, lapor akhbar Straits Times.

Ia merujuk kepada langkah Malaysia memperkenalkan RC sebanyak RM20 kepada semua kenderaan persendirian dengan nombor pendaftaran asing yang memasuki Malaysia melalui Johor.

"Kami sedia maklum Malaysia merancang melaksanakan Caj Jalan Raya sebanyak RM20 di Tambak Johor dan Link Kedua bermula 1 November ini.

"Jika ia mendiskriminasi kenderaan berdaftar Singapura, kami akan memadankan tindakan itu dalam bentuk tertentu," kata jurucakap Kementerian Pengangkutan Singapura seperti yang dipetik akhbar itu.

Semasa mengumumkan perkara itu pada Jumaat, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata RC akan dikutip setiap kali pemilik kenderaan berkenaan memasuki Malaysia menggunakan kad Touch n Go.

Beliau berkata langkah awal sistem kutipan itu hanya melibatkan kenderaan asing dan tidak termasuk motosikal dengan nombor pendaftaran asing.
diskriminasi, RC, Tambak Johor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain